Monday, November 27, 2017

AYAT 2

Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;

AYAT 3

Dan apabila lautan pecah bercampur baur;

AYAT 4

Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan,

AYAT 5

(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

AYAT 6

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?

AYAT 7

Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadiakan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;

AYAT 8

Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

AYAT 9

Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar!) Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

AYAT 10

Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

AYAT 11

(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);

AYAT 12

Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

AYAT 13

(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah : untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya : orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan, tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;

AYAT 14

Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.

AYAT 15

Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,

AYAT 16

Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

AYAT 17

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

AYAT 18

Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu ?

AYAT 19

(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberi pertolongan sedikitpun kepada orang lain dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.